Kemudahan awam Kunak

Jeti A terletak kira-kira lima kilometer dari bandar yang bernama Pengkalan Kunak. Sebatang jalan tunggal dibarisi oleh kedai papan (mungkin setinggan) membawa kepada jeti dan pasar basah.

Pada tahun 2002, sebuah hospital kerajaan 76 katil talah dibina di bandar tersebut. Pada masa yang sama, sebatang lebuh raya baharu menghubungkan Kunak ke bandar Semporna juga telah dibuka.[3][2]

Jalan Kunak-Semporna

Sekolah

Terdapat tiga buah sekolah menengah utama di Kunak iaitu SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai. Kunak juga mempunyai beberapa sekolah kebangsaan seperti SRJK Cina (C) Pai Sheng , SK Kunak 1, SK Kunak Jaya dan SK Ladang Binuang.